TERKINI

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2019 (23 OGOS 2019)

SEJARAH SKAM

SEJARAH PENUBUHAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR MELINTANG


Sekolah Kebangsaan Alor melintang bermula apabila kanak-kanak dari Kampung Alor Melintang mula berkumpul di rumah Encik Awang Sudin untuk menulis dan membaca Jawi. Apabila bilangan kanak-kanak semakin ramai, para waris telah membeli sebuah rumah penduduk cina untuk dijadikan bangunan sekolah. Bangunan berharga RM50 ini dibina bersebelahan rumah Encik Awang.

Pada tahun 1945, para penduduk sekali lagi bergotong-royong membeli tanah kebun getah Encik Salleh Bin Shafie untuk dijadikan tapak bangunan sekolah. Sekolah ini memulakan sesi persekolahan dengan Tuan Haji Yahya Bin Ariffin sebagai Guru Besar yang pertama.

Pada tahun 1968, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan yang menempatkan 4 buah bilik darjah, sebuah pejabat serta sebuah stor. Pada tahun 1979, kerajaan sekali lagi membeli tanah milik Encik Lee Swee Kow seluas 20 relung dan 65 jumba untuk dijadikan tapak bangunan sekolah. Sebuah bangunan baru 3 tingkat kemudiannya dibina di tapak tersebut.

Hari ini Sekolah Kebangsaan Alor Melintang mempunyai satu bangunan 3 tingkat dan satu bangunan setingkat. Selain kelas pengajaran biasa, sekolah ini mempunyai sebuah kelas prasekolah. Kedudukan sekolah di tengah-tengah sawah padi menggambarkan penghuni sekolah ini terdiri dari anak-anak pesawah.

Rabu, 8 April 2015

GOTONG ROYONG PERDANA SKAM